Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Tidak Ada Benda Lain ke Nak Pegang?

Friday, 19 March 2010


KATA Sofia, dua ekor anjing ini kepunyaan temannya.


SEJAK bergelar isteri pada Oktober tahun lalu, pelakon jelita, Sharifah Sofia Syed Hussein diulit bahagia dengan suaminya, Syed Ismail Syed Al-Ali. Malah setiap hari adalah saat-saat bulan madu untuk mereka.

Namun, selepas bergelar isteri, tawaran lakonannya semakin berkurang dan kini Sofia banyak menghabiskan masanya menemani suami menjalankan perniagaan dan dia juga sedang merancang untuk membuka perniagaan alat tulis. 

Walaupun wajahnya jarang dilihat di kaca televisyen, kehidupan peribadinya diceroboh lagi. Kali ini gambar Sofia sedang bermain dan bermanja dengan dua ekor anjing tersebar luas di Internet.

Penyebaran gambar itu membuatkan nama Sofia sebagai seorang pelakon beragama Islam sedikit terjejas. Mahu memberi Sofia peluang membuat penjelasan mengenai isu itu, maka telah menghubungi pelakon yang memang terkenal dengan sikap berterus terang itu.

Tanpa berselindung, dia mengaku dua gambar berkenaan memang miliknya. Tetapi, kata Sofia, hal itu tidak seharusnya disensasikan.

SOALAN: Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?

SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.

Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?

Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain. 

Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?

Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.

2 comments:

Hashim said...

Betui tu boleh samak....boleh dicuci...so apa masalahnya. Kat negeri-negeri Islam lain pun bela anjing dah macam bela kucing....

pernah dengar cite pelacur & anjing yang lapar....ambil iktibar

Aizat said...

memang anjing boleh pegang, tapi ikut keperluan la,..kalau stakat nak pegang saje2,nak tunjukkan kita sayang pd anjing itu bukan keperluan.

cerita ttg pelacur dan anjing tu pun sebab pelacur tu nak tolong anjing yg kehausan.itu jd keperluan pelacur utk tolong anjing pd masa tu.

Islam memang agama yg mudah, tp jangan sampai mempermudahkan Islam.

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat