Terbesar Asia Tenggara Tapi Surau...

Ruang bawah MIBC

Mesti ada yang kenal dengan MIBC. Apa tidaknya kerana merupakan pusat boling terbesar di Asia Tenggara. Kalau yang tidak pernah mendengarnya maka hari ini pembaca akan mendengarnya serta mengenali apa itu MIBC. MIBC ialah Malacca International Bowling Center.

 Ruangan dalam MIBC

MIBC ini telah di buka secara umum kepada orang ramai pada 1 Ogos 2009 pada hari Sabtu yang ketika mana di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur berlangsungnya demonstrasi Mansuhkan I.S.A. Pusat boling ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam.

Pandangan depan pintu masuk ke pusat boling
 
Begitu besar sekali pusat boling ini yang mempunyai 52 lorong. Walaupun mempunyai 52 lorong tetapi masalah teknikalnya kian menjadi-jadi seperti projek lebih pasir dari simen. Kerosakkan teknikal sering berlaku dan tidak mencerminkan pusat boling antarabangsa dikala Ali Rustam mahu mengejarnya sebagai TERBESAR..

Berdekatan kedai jual peralatan boling

Kalau diperhatikan dari gambar di atas dan bawah, begitu luasnya ruang legarnya yang menempatkan pusat memanah, kedai makan, kedai serbaneka, kedai peralatan boling, poll (lebih kurang snuker tapi kecil sikit la) dan yang paling penting surau.

Ruang bawah MIBC

Kesemua ruang di dalam MIBC adalah luas dan besar serta boleh memuatkan ramai orang tetapi yang menjadi persoalan adalah keadaan suraunya yang terlalu sempit dan kecil. Cuba bayangkan surau itu hanya boleh memuatkan hanya 4 orang pada satu-satu masa termasuk tempat mengambil air sembahyang.

Kedai makan dalam MIBC

Mahu buat solat berjemaah pun tidak muat. Cuba bayangkan kalau ada yang datang bersama keluarga dan mahu solat berjemaah.  Cuba tanya diri kita, adakah surau itu dibuat semata-mata mencukupkan keadaan semasa?

Pandangan depan menghadap kedai serbaneka MIBC

Kebanyakkan mereka yang bersukan ini adalah golongan remaja dan dari kalangan berkeluarga. Majoriti yang datang adalah orang Melayu Islam namun suraunya mengambarkan hanya golongan minoriti sahaja yang datang. Mana perginya prinsip kerajaan negeri Melaka yang diwar-warkan membela Melayu dan Islam?

Perkara sebegini pun mereka tidak boleh buat dan bagaimana mahu melakukan perkara yang berkaitan dengan agama.  Saudara boleh renung dan fikirkan dan lihat sendiri apa yang berlaku di sana.

Tempat letak kenderaan dalam MIBC

Tempat meletak kenderaan pun lebih besar atau saiz 2 lot parking kereta. Itulah saiz surau dekat kompleks boling MIBC. Kalau tidak percaya, cuba saudara pergi ke sana dan tegok sendiri keadaan suraunya yang sempit lagi terhimpit.

Dalam posting ini tidak ada gambar surau kerana ingin menjaga nama baik Ali Rustam yang konon-kononnya pembela agama. Faktor lain sebab tidak diletakkan gambar surau ini untuk menunjukkan bahawa memang betullah surau itu kecil. Kalau nak tahu, pergi ke MIBC sambil main boling.

Comments