Salah Siapa 17,303 Anak Luar Nikah?

Apa nak dikata? Kalau angka itu sudah begitu banyak menunjukkan bilangan anak luar nikah Melayu/Islam adalah paling ramai. Sepatutnya kalau nama itu sudah Islam, dia harus tahu mana dosa dan pahala.
 
Patutkah kita salahkan anak? Salahkan ibu dan bapa? Guru dan teman? Jabatan Agama atau Mahkamah? Paling tepat yang perlu disalahkan adalah sikap pemimpin yang konon-kononnya membela agama sebaliknya terus melakukan kesalahan demi kesalahan sehinggakan ada pemimpin Melayu Islam yang minum arak.

Jadi tidak haianlah kalau gejala sosial ini terus merebak kerana pemimpin yang cuba menegakkan keris melayu gagal dalam menagani masalah berkaitan remaja ini.
 
Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. 
 
Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.
 
Sudah tibanya hukum hudud dilaksanakan. Cuma orang melayu keris sahaja yang takut hudud kerana minda mereka sudah ditanam dengan keris sekular maka mereka tidak takut kepada Tuhan. Bagi mereka hanya keris sahaja yang dapat bantu mereka. Maka tunggu masa untuk kehancuran dunia.

Comments