Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Penyelam Temui Bangkai Kapal

Tuesday, 30 March 2010


SEBUAH kapal tentera laut Korea Selatan semalam berlabuh di lokasi kapal perang Cheonan yang karam dekat Pulau Baengnyeoung.


SEOUL - Penyelam-penyelam semalam menemui bangkai sebuah kapal tentera Korea Selatan yang karam tiga hari lalu berhampiran Pulau Baengnyeoung.

Beberapa anggota penyelam itu mengetuk buritan kapal tentera tersebut dengan penukul tetapi tidak mendengar sebarang tindak balas daripada 46 mangsa yang masih hilang. 

Pegawai-pegawai tentera berkata, untuk menemui anggota-anggota tentera laut yang masih hidup amat tipis namun usaha mencari dilakukan kerana kapal itu dilengkapi dengan banyak kabin kalis air.

Pada Jumaat lalu, kapal perang Cheonan itu karam dan terputus dua selepas satu letupan misteri berlaku.

Seramai 58 orang mangsa daripada 104 anak kapal berjaya diselamatkan

Bekalan oksigen yang terdapat di dalam kabin itu mampu bertahan selama 69 jam.

Sumber: AP

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat