Pemimipin Melayu Muslim Derhaka Halalkan Seks, Judi dan Arak ?

Seperti dalam posting sebelum ini di manakah sebenarnya pihak berkuasa seperti dalam gambar di atas? Gambar di atas adalah berasal ari negeri pendekar Ali Rustam yang kononnya ketua agama Islam negeri Melaka. 

Dua pihak yang perlu bertanggungjawab adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Agama Islam Melaka namun yang sangat penting adalah peranan Ketua Menteri itu sendiri. Semuanya seperti sudah nyayuk dalam menangani isu ini.

Perkumpulan Demi Negara, Agama dan Bangsa (D' Nab) hari ini mengutuk sekeras-kerasnnya beberapa pimpinan Melayu Muslim yang disifatkan mereka sebagai penderhaka kepada negara, agama (Islam) dan bangsa (Melayu).

Dalam suatu kenyataannya baru-baru ini, Pengerusi D' Nab Mohd Basir Abdullah telah membariskan nama-nama para pemimpin yang perlu bertanggungjawab untuk berdepan dengan kemusnahan masyarakat Islam, Melayu dan negara Malaysia.

"Antara mereka yang mesti bertanggungjawab adalah Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri kabinet Melayu Islam, semua ahli parlimen Melayu Islam, semua ahli Dun Melayu Islam, Yang Dipertua Majlis Agama Negeri, para pengarah Jabatan Agama Negeri-Negeri, para ulamak, tok-tok guru dan lain-lain bijak pandai dalam kalangan bangsa Melayu Islam Malaya.
  
"Mengikut pengakuan mereka, mereka inilah penjaga hak orang Melayu dan agama Islam. Sebenarnya mereka ini adalah biadap, pengkhianat dan penderhaka negara, agama dan bangsa," tambah Mohd Basir.

Menurut beliau, dakwaan ini dilakukan kerana benci golongan yang tiada ketakutan kepada Tuhan, sambil menyifatkan mereka sebagai bisu, pekak dan buta melihatkan kesengsaraan negara Islam tercinta ini.

"Betulkah anda semua jaga hak bangsa Melayu dan memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini? Jika anda amanah terhadap bangsa dan agama, bagaimana mungkin anda semua bisu, pekak dan buta terhadap judi, arak dan pelacuran yang dilarang sama sekali dan diharamkan Allah?

"Dalam negara ini, agama ini dikuasai bangsa Melayu, kenapa masih boleh diluluskan lesen-lesen judi? Adakah arak dan pelacuran boleh dibiarkan bebas berlaku?

"Dalam negara Islam ini, jika hal itu diharamkan Tuhan, tetapi lesen-lesen maksiat, judi, arak dan pelacuran masih diluluskan dalam jumlah yang banyak, pastinya ia mendapat restu anda semua," tambah beliau lagi.

Comments

LegendZ said…
air tongkat Ali Rustam satu...haha