Mati KEna Rempuh Ketika Beratur Minta Kerja


SEBAHAGIAN calon untuk menjadi anggota polis beratur untuk mengisi borang selepas satu rempuhan menyebabkan seorang lelaki mati di sebuah kem latihan polis di Mumbai, India semalam.


MUMBAI - Gara-gara mahu memohon pekerjaan menjadi anggota polis, seorang mangsa meninggal dunia dan 10 orang lagi cedera apabila 30,000 berasak-asak di sebuah kem latihan polis di Kalina Mumbai, India semalam. 

Kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu disebabkan mereka bersesak-sesak untuk menghantar borang permohonan kerja. 

"Ada segelintir yang mahu memotong barisan dan jatuh. "Akibatnya, seorang mati dan 10 orang lagi cedera ringan," jelas seorang pegawai polis, Amitabh Gupta dari pasukan polis Mumbai.

Gupta memberitahu, ribuan pemohon telah berkumpul di luar kem yang juga merupakan pangkalan serantau bagi pasukan tentera komando mencegah antikeganasan. 

Sumber: AFP

Comments