Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Mati Ditetak, Hampir Putus Tangan

Sunday, 14 March 2010

Seorang lelaki ditemui mati dengan keadaan tangan kanannya hampir putus selepas diserang oleh dua lelaki di Jalan Timur Tambahan, Bestari Jaya, Kuala Selangor, kira-kira 70 kilometer dari sini petang semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Omar Mammah berkata, mayat R. Raj Kumar, 31, turut ditemui dengan tujuh kesan tetakan di bahagian kepala.

Beliau berkata, menurut maklumat awam, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.15 petang semasa Raj Kumar sedang menunggang motosikal berseorangan apabila beliau dikatakan diekori dua lelaki yang memandu sebuah kereta Proton Perdana hitam sejauh kira-kira dua kilometer.

Katanya, sebaik tiba di satu selekoh, kereta itu dikatakan memintas motosikal berkenaan, menyebabkan ia hilang kawalan sebelum melanggar sebuah tiang elektrik berhampiran.

"Raj Kumar terjatuh dan kedua-dua suspek dikatakan turun dari kereta dengan membawa sebilah parang dan terus menetaknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Omar berkata, polis kemudiannya menemui kereta berkenaan yang dibakar di sebuah ladang kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian, dan menurutnya, siasatan awal mendapati kereta itu dilaporkan dicuri di Petaling Jaya pada 9 Mac lepas.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam, dan sedang berusaha keras mengenal pasti dua suspek berkenaan.
 
Sumber: Blogger dan Bernama

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat