Kuda Paling Tinggi


JANE memegang tali kuda paling tinggi di dunia di Melbourne semalam.


MELBOURNE - Seekor kuda paling tinggi di dunia, Luscombe Nodram akan dipamerkan pada satu pertunjukan di Queensland yang merupakan tempat asal kelahiran kuda berkenaan.

Nodram yang merupakan kuda spesies Shire berusia tujuh tahun tetapi mempunyai ketinggian 2.05 meter dan berat 1.5 tan iaitu tiga kali ganda daripada kuda lumba biasa.

Haiwan itu akan dipamerkan pada pertunjukan kuda di Gatton, di barat Brisbane pada bulan Mei depan.

Pemilik kuda itu, Jane Greenman membeli haiwan itu semasa ia berusia enam bulan dari sebuah ladang ternakan kuda di Queensland. 

Greenman berkata, dia tidak menjangka kudanya itu akan menjadi kuda paling tinggi di dunia. 

Sumber: Agensi

Comments