Kes Bunuh Anak AJK UMNO

Seorang bekas anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak lelaki bekas Setiausaha UMNO Bahagian Klang, Shohimi Shafie dan pengasuhnya tujuh tahun lalu.

Mohd. Nahar Abu Bakar, 34, didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi, 2, dan Siti Rohana Baharom, 34, di rumah No. 19, Tingkat 5, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang dekat sini pada pukul 1 tengah hari, 30 Disember 2003.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Yazid Mustafa menetapkan perbicaraan kes itu selama dua minggu bermula 24 Mei ini

Comments