Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Keputusan Penuh Liga Super 2010

Saturday, 6 March 2010

Negeri Sembilan 3 (25', 42', 55')
Perlis 2 (37', 51')

Di Stadium Paroi, tuan rumah Negeri Sembilan menewaskan Singa Utara dengan jaringan gol 3-2. Pada separuh masa pertama pasukan tuan rumah mendahului dengan keputusan 2-1. Namun Perlis bangkit pada minit ke-51 dan selang empat minit kemudian pada minit ke-55 tuan rumah bangkit untuk keptusan penuh 3-2.

Kuala Lumpur 2 (7', 80)
Johor Pasir Gudang 1 (69')

Di Kuala Lumpur, pasukan tuan rumah hanya menang tipis dengan pasukan selatan tanah air iaitu Johor Pasir Gudang dengan jaringan 2-1. Gol pertama pasukan tuan rumah dijaringkan pada separuh masa pertama pada minit ke-7. Bermula separuh masa kedua, Johor Pasir Gudang bangkit dengan gol penyamaan pada minit ke-69 sebelum gol kemenangan Kuala Lumpur hadir pada minit ke-80.

KL Plus 0
Terengganu 1 (26')

Gol tunggal perlawanan pasukan Terengganu hadir pada minit ke-26 sekali gus menewaskan KL Plusdengan jaringan 1-0.

Johor FC 2 (63', 67')
Pahang 1 (77')

Dua gol dalam masa empat minit membantu Johor FC menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 2-1. Gol-gol Johor FC hadir pada minit ke-63 dan 67 dan selang sepuluh minit kemudian gol saguhati Pahang menyusur pada minit ke-77.

T-Team 0
Kelantan 1 (74')

Pasukan tuan rumah T-Team tewas dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan pada minit ke-74. Namun pasukan The Red Warriors terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila pemain Kelantan diperintahkan keluar padang pada minit ke-84.

Pulau Pinang 1 (84')
Perak 1 (67')

Di Pulau Pinang, pasukan tuan rumah hanya berkongsi satu mata dengan pasukan Perak. Bermula pada separuh masa kedua, pasukanSeladang mendahului tuan rumah pada minit ke-67 sebelum kedudukan disamakan oleh pasukan tuan rumah pada minit ke-84.

Selangor 4 (27', 39', 60', 76')
Kedah 0

Di Stadium Shah Alam, pasukan tuan rumah berpesta gol apabila meratah pasukan Kenari dengan jaringan 4-0. Pada separuh masa pertama, Red Giant mendahului dengan kedudukan 2-0 iaitu pada minit ke-27 dan 39. Masuk babak kedua, pasukan tuan rumah menambah lagi derita sang Kenari dengan dua lagi gol pada minit ke-60 dan 76.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat