Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Enjin Terbakar, MAS Mendarat Cemas

Thursday, 25 March 2010

Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 83 penumpang dan tujuh anak kapal melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABL) di Bayan Lepas apabila bahagian enjin pesawat itu didapati terbakar di udara.

Penerbangan MH674 dari Singapura ke Langkawi itu membuat pendaratan cemas pada 12.30 tengah hari.

Kesemua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu menyebabkan landasan LTABL ditutup selama 20 minit dan dibuka semula pada pukul 12.50 tengah hari.

Pesawat itu berlepas dari Singapura pada pukul 11.15 pagi menuju ke Langkawi dan sememangnya dijadualkan transit di Pulau Pinang sebelum meneruskan penerbangan pada pukul 6 petang ini.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat