Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Engkau Ni Degil Ali Rustam!

Thursday, 4 March 2010

Belum reda dengan "kehilangan" Eye On Malaysia maka satu projek baru yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan Mrails International Sdn Bhd (MISB) telah dipersetujui. Kerajaan Melaka diwakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, manakala MISB oleh Ketua Pegawai Eksekutif MrailsTram Melaka Sdn Bhd, Datuk Mohamad Shamsherudin Mohd Shariff.

Rakyat perlu bersedia dengan projek baru Ali Rustam yang bernilai RM227 juta yang akan siap dibina dalam masa 12 bulan dengan perasmiannya pada bulan Mei 2010 ini nanti. Apakah projek yang yang akan dibina itu? Katanya projek itu akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menggantikan petrol kepada teknologi hijau berasaskan Nitrogen Gas Vapour (NGV).

Selain itu, sistem monorel juga turut dibina sedangkan ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat. Kerajaan perlu menaik taraf pengangkutan awam dan bukannya membina lebih banyak projek yang mendatangkan faedah kepada rakyat.

Pengangkutan awam di Melaka sudah cukup dengan adanya bas termasuk bas panoramanamun bas ang ada sekarang terlalu uzur. Apa kata pihak kerajaan memberikan sumber dana kepada syarikat-syarikat bas untuk mereka menaik taraf sistem pengangkutan mereka dan jangan terlalu mengagihkan projek ini kepada kroni.

Penggunaan koc yang bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam itu ke pusat bandaraya serta keadaan kenderaan mereka boleh jadi sesak di kawasan yang disediakan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh. 

Bukan itu sahaja, mereka merancang membina banyak stesen menunggu dalam jarak 700 meter setiap satu bagi kemudahan mereka sedangkan kos yang digunakan untuk membina tempat menunggu itu terlalu mahal.

Koc trem berkenaan dibangunkan sepenuhnya oleh rakan kongsi MISB iaitu CNR Corporation Limited iaitu anak syarikat Tangshan Railway Vehicle Company yang berpangkalan di Beijing, China.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat