Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Caruman Eye On Malaysia Sdn Bhd Tertunggak?

Monday, 1 March 2010

Siapa yang mahu menyelesaikan masalah caruman pekerja Eye On Malaysia Sdn Bhd? Walaupun roda gergasi itu diarahkan ditanggalkan daripada bumi Malaysia amnya juga bagi bumi Melaka khasnya, jumlah tunggakkan gaji pekerja masih tertunggak sebanyak hampir RM64 000.

Ke mana hala tuju pekerja-pekerja Eye On Malaysia ini? Sehingga kini syarikat tersebut telah dibekukan dan gaji pekerja tidak dapat dilaksanakan kerana syarikat tersebut telah dianggap muflis.

Dulu kita dengar lembu kena siasat oleh SPRM, mahu pergi haji disiasat oleh SPRM, baiki kereta perlu siasatan SPRM dan sekarang timbul SPRM sudah jadi badan Pro-PAS di Kelantan. Sebelum apa-apa terjadi, SPRM perlu siasat Syarikat Eye On Malaysia ini jika dianggap telus kepada rakyat.

RM64 000 itu bukan suatu nlai yang kecil bagi rakyat yang bekerja di syarikat tersebut kecuali pemimpin UMNO/BN yang menganggap nilai itu telalu kecil. Sudahlah rakyat Melaka diberhentikan kerja gara-gara operasi Eye On dihentikan. Manakah sumber pendapatan mereka selepas ini?

Mana perginya slogan Melaka Maju 2010? Hari demi hari berlaku dalam kerajaan pimpinan Ali Rustam masalah lompang sana-sini. Eye On kena angkut balik ke negara asal Belgium. Maka ia akan tinggal sejarah yang tidak tidak mungkin akan berulang.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat