Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bush Kenakan Clinton

Friday, 26 March 2010


BUSH mengesat tangan pada baju Clinton selepas berjabat tangan dengan mangsa-mangsa gempa bumi.


PORT AU PRINCE, Haiti - Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mengesat tangannya pada baju rakannya yang juga bekas presiden AS, Bill Clinton selepas bersalaman dengan mangsa-mangsa gempa bumi di sebuah kem perlindungan sementara di sini.

Rakaman gelagat Bush itu yang disiarkan di laman perkongsian video, YouTube menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Bush sebelum ini dikenali sebagai seorang yang pembersih. Dalam buku memoir bertajuk The Audacity of Hope, Presiden AS, Barack Obama mendakwa Bush pernah memberitahunya bahawa beliau kerap menggunakan pencuci tangan bagi mengelak jangkitan selesema.

Bush dan Clinton melawat Haiti baru-baru ini bagi meninjau kesan kemusnahan akibat gempa bumi serta menyalurkan bantuan Dana Haiti Clinton Bush yang setakat ini berjaya mengumpul AS$37 juta (RM122.7 juta) daripada 220,000 individu, termasuk aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Obama sendiri.

Dianggarkan lebih 300,000 orang terkorban manakala 1.3 juta lagi kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi kuat menggegarkan Haiti pada 12 Januari lalu. 

Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat