Blogger, Berhati-hati Dalam Setiap Penulisanmu

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 101 aduan berhubung kandungan laman web atau blog mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

58 aduan adalah bagi kandungan lucah manakala 43 aduan bagi kandungan mengancam termasuk laman web dan blog yang menghina Sultan.

Aduan yang diterima SKMM itu adalah bagi tempoh Januari hingga 23 Februari lalu. “Daripada jumlah ini, 15 kes aduan sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala 63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta.

Terdapat enam kes pendakwaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan kandungan laman web atau blog.

Comments