Bersikap Manja Sebelum Ajal

Juruterbang pesawat Pilatus PC-7 Mark II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut setelah pesawatnya terhempas di Sintok, Kedah hari ini, bersikap lebih manja dengan ahli keluarga ketika pulang bercuti di kampungnya di sini sebelum ini.

Bapa kepada Mejar Muhammed Zulrihan iaitu Yusof Yatim, 62, memberitahu anak sulongnya itu kelihatan gembira dan kerap tersenyum sepanjang berada di kampung sehingga Rabu lepas.

"Beberapa hari kami bersamanya, kami nampak kegembiraannya, dia sebenarnya seorang yang tegas dan jarang senyum dengan adik beradik yang lain tetapi sepanjang bersama kami dia lebih mesra,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sering dekat sini hari ini.

Yusof yang juga pesara tentera berkata, anaknya itu juga tidak mahu pulang ke rumahnya di Mulong, meskipun isterinya Wizana Abdul Ghani, 38, dan tiga anak mereka telah pulang.

Allahyarham sebaliknya mahu menghabiskan masa bersama ibu bapa dan adik beradiknya.

Comments