Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Ditahan

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan polis di rumahnya di Taman Seri Aman, Kubang Kerian di sini malam ini.

Beliau yang ditahan pada pukul 8.40 malam kemudian dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Penahanannya dipercayai mempunyai kaitan dengan penglibatannya sebagai `Setiausaha Sulit’ Sultan yang telah membuat pengumuman rasmi pagi ini dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja.

Comments