Banduan Mati, Pegawai Kena Hukum Gantung

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang pegawai penjara kerana membunuh seorang banduan belasan tahun, kira-kira enam tahun lepas. 

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Seri Md. Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan terakhir Azhar Che Will supaya hukuman dan sabitannya dibatalkan. 

Md. Raus berkata kecederaan yang menyebabkan kematian Mohd Shukri Mohd Yusof dilakukan oleh Azhar, bekas ketua unit sekuriti penjara Penor. 

Beliau berkata serangan oleh wadar penjara lain di tiga tempat lain tidak mungkin menyebabkan kematian Mohd Shukri. 

Azhar, 37, dan wadar lain penjara dituduh bersama membunuh banduan berusia 19 tahun itu di penjara Penor, Kuantan antara 4 petang dan 7 malam pada 1 Mac 2004. 

Mahkamah Tinggi Kuantan mensabitkan Azhar tetapi membebaskan lima wadar itu tanpa memanggil mereka membela diri.
 
1. Teyun Thian Eim
2. Suhaimi Nordin
3. Mohamad Hamdan Mohd Yaakob
4. Ahmad Rizal Abdul Halim 
5. Ismail @ Mat Daud Deris

Comments