Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Anak Setpol Ex-Presiden UMNO Tidak Waras

Thursday, 11 March 2010

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mengarahkan Muhammad Ezra Rusli, 28, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, selepas laporan perubatan mendapati beliau tidak waras dalam satu kejadian sebelum ini selain dituduh memiliki sebutir bom tangan.

Ezra Rusli turut menghadapi dua lagi tuduhan mengugut bapanya, Datuk Rusli Abdul Malik, 62, yang juga bekas Setiausaha Politik (Setpol) kepada mantan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawai didakwa menggunakan sepucuk pistol jenis Glock dan serta tuduhan mengugut mendatangkan kecederaan.

Pemuda itu didakwa melakukan ke semua kesalahan itu di sebuah rumah beralamat C2-67 D’Shire Villa, Jalan Camar 4, Kota Damansara, antara jam 3.30 petang hingga 5 petang, pada 8 September tahun lalu.

Majistret Aishah Hijriah Arshad memutuskan Muhammad Ezra telah melakukan perbuatan seperti mana pertuduhan dan setelah mengambil kira laporan perubatan yang disediakan oleh hospital tersebut, mahkamah berpuas hati bahawa ketika kejadian tertuduh didapati tidak waras.

Aishah mengeluarkan satu perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Keseksaan untuk menempatkan Muhammad Ezra di hospital tersebut mengikut perkenan Sultan Selangor.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat