Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Ali Rustam Puja Shah Rukh Khan, Ahmad Said Suka Rani Mukherjee

Monday, 1 March 2010

Dulu Ali Rustam yang meminati pelakon bollywood. Pelakon yang diminati Ali Rustam adalah Shah Rukh Khan. Namun virus filem bollywood sampai ke negeri pantai timur iaitu Terengganu.

Lain pula ceritanya di Terengganu. Menteri Besar Terenganu, Ahmad Said pula meminati heroin bollywood iaitu Rani Mukherjee. 

Memang sah Ketua Menteri atau pun Menteri Besar dari kalangan UMNO meminati pelakon bollywood. Bukankah UMNO itu memperjuangkan hak melayu? Konon-kononnya membela melayu tetapi pelakon hindi jugalah yang dipujanya.

Setahu rakyat, UMNO ini suka main isu perkauman tetapi kenapa bollywod itu di angkat ke sana sini? Pelakon bollywood itu melayu ke? Alahai Pemimpin UMNO. Bolehlah dikatakan orang UMNO ini suka pelakon bollywood cuma seorang sahaja yang meminati orang Mongolia iaitu Najib.

Antara yang diketahui umum pemimpin UMNO meminati pelakon bollywood ialah Rosmah Mansor pernah bercium pipi dengan Arjun Rampal, Ali Rustam memberi darjah kebesaran kepada Shah Rukh Khan  (nasib baik Ali Rustam tidak gay) dan terkini Ahmad Said membawa Rani sebagai lokasi penggambaran filem bollywood.

Cuba kita susun Menteri Besar dan Ketua Menteri yang masih belum membawa masuk pelakon bollywood. MB Perlis kemungkinan akan membawa masuk Preity Zinta, MB Johor akan membawa masuk Mahima Chaudary, MB Pahang akan membawa masuk Juhi Chawla, MB Negeri Sembilan akan membawa masuk Priyank Chopra dan MB Perak akan membawa masuk katak dari Mumbai.

Kerajaan negeri menyambut baik cadangan sebuah syarikat perfileman Bollywood yang merancang menjadikan negeri itu sebagai sebahagian daripada lokasi penggambaran filem terbaru mereka.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, filem lakonan Rani Murkherjee itu dijangka memulakan penggambaran di beberapa tempat menarik seperti Tanjung Jara, Tasik Kenyir, Muzium Negeri, Pulau Redang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud mulai Mei ini.

"Kita yakin apabila filem itu mengadakan penggambaran di negeri ini, ia memberi kelebihan kepada Terengganu apabila tempat-tempat menarik dalam filem itu akan ditonton oleh peminat filem hindi yang berada di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata, selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Primula Beach Hotel Sdn. Bhd. dan Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn. Bhd. di sini petang ini. - Dipetik dari Bernama

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat