Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

3 Maut Kemalangan Ngeri

Saturday, 20 March 2010

Hasrat enam sekeluarga untuk menghantar anak mereka ke stesen bas di Terminal One Seremban berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 17, Jalan Seremban Kuala Pilah malam semalam.

Kejadian itu berlaku kurang beberapa meter dari laluan baru Bukit Putus menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah. 

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai pemandu Rosli Hassan, 48; isterinya Roziah Shamsudin 42; dan cucu mereka Mohamad Danish Mohd. Zaibi yang berusia setahun lima bulan.

Roziah dan Danish meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Rosli pula dikatakan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Sementara tiga anggota keluarga lain yang mengalami kecederaan termasuk anak mereka, Rozailin Rosli, 21; Shamimi Rosli, 11; dan menantu mereka Saidatul Akma, 18.

Shamimi dilaporkan mengalami kecederaan dan dilaporkan kritikal, manakala Saidatul Akma masih tidak sedarkan diri.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat