Tsunami Akan Melanda dalam tempoh 24 jam


DUA orang penduduk Chile sibuk membersihkan sisa runtuhan kediaman mereka setelah gempa bumi melanda negara Amerika Selatan itu semalam.


Gempa bumi yang melanda Chile awal pagi semalam merupakan gempa bumi terkuat selepas Haiti yang berlaku pada 12 Januari lalu. Gempa bumi di Haiti pada 8.5 skala Richter telah mengorbankan 670 000 nyawa dan gempa di Chile buat masa ini telah mengorbankan 85 nyawa pada 8.8 skala Richter.

Pusat gempa menunjukkan gegaran 8.8 skala Richter yang berlaku jam 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 pagi waktu Malaysia) yang kedalaman 59 kilometer didasar laut.

Gempa bumi terbabit mencetuskan tsunami dan amaran dikeluarkan bagi Ecuador, Colombia, Panama, Costa Rica, Hawai dan Antartika.

Pegawai di Jepun dan Australia turut memberi amaran, tsunami yang dijangka melanda pesisir pantai Asia, Australia dan New Zealand dalam tempoh 24 jam.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawai, mengeluarkan amaran ke atas Filipina, Taiwan, Indonesia dan kebanyakan negara kepulauan di Asia Pasifik.

Amaran tahap rendah kemungkinan tsunami turut dikeluarkan di Pasifik Utara, termasuk Pantai Barat Amerika dan Alaska.

Comments