Tahniah Ali Rustam, Melaka Maju Akhirnya....

Akhirnya matlamat Ali Rustam melihat Melaka Maju 2010 telah tercapai dengan tergadainya Eye On Malaysia. Itulah ucapan yang paling sesuai untuk Raja Hutang 1Malaysia. Bukan itu sahaja tapi ingin menjadi juara rakyat untuk UMNO (Use Money No Objection). 

Paling menyedihkan apabila rakyatnya tidak maju tetapi Ali ingin memajukan negerinya yang sudah jatuh ditimpa kelapa muda. Akibat terlalu mengejar nama, maka maruah negeri dan rakyat Melaka di robek oleh Eye On Malaysia.

Apa akan jadi dengan rakyat Melaka setelah duit rakyat telah dibazirkan sebanyak RM8 juta untuk membangunkan Eye On Malaysia. Adakah rakyat sanggup membenarkan kerajaan BN terutamanya UMNO memerintah Melaka pada pilihan raya akan datang? Hanya rakyat yang cerdik akan menjawabnya.

Eye On Malaysia yang di pindahkan ke Melaka pada tahun 2008, diarah untuk disita oleh mahkamah beberapa minggu lalu kerana kegagalan syarikat tersebut membayar hutang kepada pemilik asalnya iaitu syarikat dari Belgium, Fitraco NV.

Sejarah tetap terus tercipta di Melaka dengan majunya 2010 negeri Melaka dengan beberapa lagi masalah yang menimpa kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam iaitu pada 8 Februari lalu sejarah tercipta lagi apabila MST Ad Suria Sdn Bhd (syarikat usahasama agensi kerajaan negeri) diperintahkan membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, EOM Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada Fitraco NV.

Dari mana agaknya Ali Ingin mencari duit sebanyak itu? Dalam fikiran ali mudah sahaja untuk direncanakan hajatnya itu. Bagi Ali, duit rakyat adalah segala-galanya. Maka sungguh tertipulah rakyat Melaka yang menyokong kepimpinan UMNO yang diteraju oleh ali Rustam.

Syarikat dari Belgium itu juga dibenarkan memindah keluar roda gergasi EOM dan boleh memasuki tanah milik syarikat Eye On Malaysia Sdn Bhd serta mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.

Begitulah kemajuan Melaka 2010. Selepas ini apa lagi yang akan hilang dari bumi Melaka? Bangunan Famosa, Kapal Portugis atau juga kerajaan BN di Melaka. Sama-sama kita tunggu dan lihat kemajuan ini terus memuncak.

Comments