SPR iktiraf usaha gigih PAS

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, mengiktiraf usaha gigih Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang giat mendaftarkan ahli-ahlinya sebagai pemilih sepanjang 2009.

Pengarahnya, Ismail Mohd Yusof berkata, Pas dilihat lebih aktif mendaftarkan ahli-ahlinya sebagai pemilih berdaftar iaitu seramai 1,437 orang sepanjang tahun lalu.

"Masih ramai yang layak tidak didaftarkan sedangkan peranan mereka sebagai rakyat amat penting untuk pembentukan kerajaan," katanya.

Menurutnya, SPR akan terus proaktif menjalankan kempen menarik menarik orang ramai berdaftar sebagai pemilih termasuk di pekan sehari dan pasar malam.

Ismail memberitahu, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seramai 815,707 rakyat di negeri itu layak mengundi sebagai pemilih dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, SPR Pahang juga bersedia mempertimbang cadangan orang ramai berhubung strategi meningkatkan pendaftaran agar bilangan yang mendaftar berjaya mencapai sasaran.

Sementara itu, perangkaan SPR negeri mencatatkan seramai 36,000 ahli Umno yang layak sebagai pemilih gagal mendaftarkan diri kepada badan pilihan raya itu seterusnya bertentangan dengan konsep demokrasi di negara ini.

Comments