Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Siasatan Jual Beli Rahsia Keselamatan Negara Perlu Diumum

Wednesday, 10 February 2010



KUALA LUMPUR : Siasatan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara perlu didedahkan kepada rakyat agar rakyat jelas mengenai siapa yang terlibat dalam kes tersebut. 
"Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi. Rayat perlu diberi tahu siapa di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjual rahsia penting tersebut. 
"Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E?" soal Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan media yang dihantar kepada era pakatan.com.  
Beliau berkata, rakyat juga perlu dimaklumkan negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara.
"Rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil olih pihak Wisma Putra dan Kementah untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras. Adakah kes ini masih menjadi kes yang disiasat olih Polis," tegas beliau. 
Menurut beliau, kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara. 
"Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal," jelas beliau. 
Beliau berkata, berasaskan pada dua kejadian tersebut negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar dan inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat. 
Terdahulu Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara telah selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik.
"Saya memohon jawapan dan penjelasan segera dari pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rayat dapat diubati serta penjelesan dan jawapan segera menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti ATM," tegas beliau lagi. 
Siasatan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara perlu didedahkan kepada rakyat agar rakyat jelas mengenai siapa yang terlibat dalam kes tersebut. 
"Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi. Rakyat perlu diberitahu siapa di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjual rahsia penting tersebut. 
"Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin jet F-5E?" soal Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.  
Beliau berkata, rakyat juga perlu dimaklumkan negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara.
"Rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil olih pihak Wisma Putra dan Kementah untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras. Adakah kes ini masih menjadi kes yang disiasat oleh polis," tegas beliau. 
Menurut beliau, kecurian enjin jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara.
"Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal," jelas beliau. 
Beliau berkata, berasaskan pada dua kejadian tersebut, negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar dan inilah yang menjadikan rakyat gelisah sekali gus mereka berasakan berada dalam keadaan tidak selamat. 
Terdahulu, Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara telah selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik.
"Saya memohon jawapan dan penjelasan segera daripada pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rakyat dapat diubati. Penjelasan dan jawapan segera Menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti ATM," tegas beliau lagi. 

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat