Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Setpol menteri ditahan SPRM

Monday, 15 February 2010

Setiausaha Politik (Setpol) kepada seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai memiliki kekayaan di luar jangkaan dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Setpol berusia lingkuan 30-an itu dan bekerja dengan menteri berkenaan sejak April 2009, ditahan SPRM pada 12 Februari lalu bagi membolehkan keteranganya direkodkan berhubung dakwaan itu.

SPRM difahamkan telah bertindak selepas aduan orang ramai yang curiga melihat gaya hidup mewahnya.

Siasatan SPRM sejak setahun lalu itu mendapati Setpol itu memperolehi kekayaan tersebut melalui wang sogokan yang diperolehinya dengan meluluskan projek-projek gergasi mencecah jutaan ringgit.

SPRM juga dikatakan sebelum ini memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik beliau dan akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Beliau juga difahamkan mempunyai beberapa kereta mewah dan beberapa buah rumah mewah di Lembah Klang yang dipercayai dibeli menggunakan nama pihak lain, bagi mengelakkan dirinya menjadi buruan SPRM.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat