Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Rupanya UMNO Tidak Tahu Apa Itu Muzakarah

Monday, 15 February 2010

Umno sering keliru dalam isu muzakarah bersama pimpinan Pas setiap kali isu tersebut dikumandangkan di dada akhbar, dilapor media arus perdana, sedangkan tujuan muzakarah itu diadakan adalah untuk membincangkan hubungan kerajaan negeri dan persekutuan, khasnya dalam isu membabitkan hak royalti minyak kerajaan negeri Kelantan.

Baru-baru ini, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan laporan tentang Umno sedia duduk semeja dengan Pas bagi membincangkan isu berkaitan Islam jika kenyataan berhubung cadangan itu dikeluarkan menerusi Majlis Syura parti itu dan bukannya individu.

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Mohd Yassin dilaporkan berkata, walaupun kenyataan berhubung isu terbabit dikeluarkan oleh Presiden Pas sekalipun, Umno tidak akan menerimanya kerana ia adalah keputusan secara individu.

Tambah beliau lagi, hal ini disebabkan Umno bimbang berdasarkan kenyataan pemimpin Pas sebelum ini ia kerap berubah mengikut musim dan kadangkala keputusan dibuat tidak menggambarkan pendirian parti itu yang sebenar.

''Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberitahu yang beliau (Najib) tidak pasti pasal perbincangan dengan Pas sebab ia selalu berubah.

''Kenyataan itu hanya dibuat atas kenyataan Datuk Nik Aziz saja...kecuali kalau Majlis Syura Pas kata nak bekerjasama dengan Umno...kita setujulah.

"Kalau ikut yang lepas-lepas nanti dia berubah-ubah," katanya selepas merasmikan sebuah program. ''Kalau seorang sahaja buat keputusan.. kita tidak boleh terima."

Mengenai tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang berceramah di atas pentas pembangkang, Muhyiddin berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh sebelum ini sebenarnya banyak bercanggah dengan dasar-dasar dan pendirian kerajaan.

''Walaupun kita telah meneliti ucapan beliau (Tengku Razaleigh) namun ia masih belum dibawa kepada pihak pengurusan tertinggi Umno untuk tindakan selanjutnya.

''Sebagai seorang lebih senior dalam parti, dia patut beri contoh yang baik dan bukannya membuat kenyataan sebaliknya," kata Muuhyiddin lagi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan pernah membuat seruan untuk bermuzakarah dengan kerajaan persekutuan dalam urusan tuntutan royalti minyak dan seruan itu bukanlah atas nama kepartian.

Sebaliknya, akhbar milik parti Umno itu, sama ada disengajakan atau tidak, telah memutarbelit kenyataan atau tidak mengetahui asas sebenar kenapa muzakarah itu perlu dilakukan.

Asas muzakarah antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan (bukan atas nama kepartian) perlu dilakukan bagi membincangkan tuntutan royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan seluruhnya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat