Polis Perogol Keamanan


KUALA LUMPUR : Memorandum berhubung pendedahan seorang wanita, Norizan Salleh yang mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah  kepada menteri berkenaan apabila parlimen bersidang mulai 15 Mac ini.
"Di parlimen, dia tidak boleh lari," katanya Ahli parlimen Kapar, S Manikavasangam dalam sidang media selepas cuba menyerahkan memorandum tersebut.
Memorandum itu gagal diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana menteri berkenaan enggan menemui mangsa. 
Sebaliknya hanya Setiusaha kanan kementerian berkenaan datang menemui mangsa sebagai wakil kepada menteri itu untuk menerima memorandum
Kira-kira 30 pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan NGO sampai di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya kira-kira jam 11.30 pagi tadi. 
Peguam Norizan, N. Surendran dan wakil PR yang berkeras untuk menemui sendiri menteri atau timbalannya menyebabkan sedikit kekecohan. 
Norizan, sebelum ini dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebelum ini, Norizan dilaporkan mendakwa, akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.
Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.
Ibu Tunggal Norizan Salleh, 30 yang ditembak polis kecewa kerana sehingga kini belum ada apa-apa tindakan diambil sejak beliau ditembak oleh polis sehinggalah selepas penyerahan memorandum di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 4 Februari lepas.

Keadaan beliau kini semakin serius dan mula mengalami kesukaran bernafas akibat kehilangan setengah paru-parunya kesan daripada tembakan tersebut.

Ekoran dari kejadin tembakan dari polis yang tidak bertangunjawab, ibu kepada seorang anak yang kini berusia 11 tahun, mengalami kecacatan kekal, yang mana tapak tangan sebelah kanannya hancur, setengah daripada paru-parunya dibuang dan dua tulang rusuknya patah.

Norizan, sebelum ini dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

p/s: Sebenarnya polis Malaysia ini gian nak menembak. Sebab itulah mereka mencipta 'manusia khas' untuk ditembak. Mereka sesuai digelar perogol keamanan kerana rakyat tidak aman dengan polis. Cuma penjenayah ranking pertama dan polis ranking kedua.

Comments