Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hilang!

Monday, 15 February 2010


KUALA LUMPUR : Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Bin Mohamad didapati hilang dan tidak dapat dihubungi semenjak Jumaat, 12 Februari.
Kali terakhir beliau didapati keluar daripada rumahnya dengan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Unser berwarna merah dengan nombor pendaftaran WJD4469.
Pada tarikh itu, beliau dilaporkan keluar untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin dan kemudian dikatakan memaklumkan kepada salah seorang ahli mesyuarat yang akan berjumpa kawan pada tengah malam itu.
Semenjak daripada tarikh itu, beliau tidak muncul-muncul dan nombor telefonnya tidak lagi dapat dihubungi.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad memaklumkan bahawa sehingga kini usaha mencari Tuan Haji Mohamad Nor sudah menemui petunjuk.
“Kereta dan telefon beliau dikesan berada di Temerloh. Kita sudah meminta pertolongan daripada rakan-rakan kita di sana”, kata Kamaruzaman Mohamad yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Bin Mohamad didapati hilang dan tidak dapat dihubungi semenjak Jumaat, 12 Februari.

Kali terakhir beliau didapati keluar daripada rumahnya dengan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Unser berwarna merah dengan nombor pendaftaran WJD4469.

Pada tarikh itu, beliau dilaporkan keluar untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin dan kemudian dikatakan memaklumkan kepada salah seorang ahli mesyuarat yang akan berjumpa kawan pada tengah malam itu.

Semenjak daripada tarikh itu, beliau tidak muncul-muncul dan nombor telefonnya tidak lagi dapat dihubungi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad memaklumkan bahawa sehingga kini usaha mencari Tuan Haji Mohamad Nor sudah menemui petunjuk.

“Kereta dan telefon beliau dikesan berada di Temerloh. Kita sudah meminta pertolongan daripada rakan-rakan kita di sana”, kata Kamaruzaman Mohamad yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat