Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Melayu Bebal, Pinggirkan Bahasanya Sendiri

Thursday, 18 February 2010

Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr Hassan Ahmad menggelar orang Melayu termasuk para pemimpinnya yang telah meminggirkan bahasanya sendiri sebagai bebal.

Menurutnya, Bahasa Melayu harus terus dimartabatkan dan diperjuangkan selaras sebagai mana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Bahasa Melayu tidak seharusnya bergelut dalam usaha untuk memartabat, memperkasa atau memperjuangkannya hari ini. Ini kerana, ia sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pelajaran 1996.

"Masalah sering timbul bukan kerana Bahasa Melayu tidak layak menjadi alat kemajuan, tetapi kerana dasar itu tidak dilaksanakan dengan tegas, benar dan jujur dan sering kali diselewengkan," katanya ketika membentang kertas kerja di Hari Pejuang Bahasa 152 baru-baru ini.

Dr Hassan bersama Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Prof Datuk Dr Zainal Kling dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah adalah antara ahli panel dalam majlis itu yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf di Dewan Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
 
Hari bersejarah buat Bahasa Melayu yang julung kali dadakan itu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pejuang bahasa berkenaan dengan mengkritik orang Melayu termasuk pemimpin Melayu yang meminggirkan bahasa itu termasuklah dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Sebagai orang paling lantang menyuarakan pandangannya, Hassan menggunakan istilah bebal terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa kebangsaan itu.

Terdahulu, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu pernah memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang juga dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) setahun yang lalu.

Ekoran perhimpunan rakyat memansuhkan PPSMI diadakan pada 7 Mac tahun lalu itu bertujuan memperjuangkan Bahasa Melayu, natijahnya, beliau telah pun disiasat oleh pihak polis bersama beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) atas dakwaan menganjurkan perhimpunan tersebut.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat