Fasik Oh Fasik, Munafik Pun Ada

Beginilah sifat orang munafik seperti tiada pegangan agama. Cakap mahu membela agama tetapi hukum Tuhan pun dilanggarnya. Kecoh pasal isu kalimah ALLAH tetapi hukum ALLAH tidak mahu dilaksanakan. Orang bukan Islam pula yang disalahkan. Memang beginilah sifat orang munafik.

Sekarang timbul pula isu perarakan Maulidur Rasul. Apalah erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi s.a.w kemudian menolak apa yang Nabi s.a.w. suruh dalam kehidupan kita. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tidak menghayati sunnah Nabi s.a.w. dalam minda dan pemikiran kita. 

Susah payah berarak, berselawat kemudian rasuah. Lagi banyak berselawat, lagi banyak menyapu wang rakyat. Lagi banyak berarak, berselawat kemudian lagi banyak salah guna kuasa.

Semakin banyak berarak dan berselawat ke atas Nabi s.a.w., pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai duit tunai berjuta ringgit milik setiausaha politik seorang menteri.

Adakah itu nilai perarakan Maulid Rasul dan selawat ke atas Nabi s.a.w.  bagi golongan fasik yang menjadi pembawa berita palsu?

Perarakan Maulid Rasul tiada salahnya dan tiada perarakan juga tidaklah berdosa tetapi yang salah dan berdosa apabila menolak sunnah Nabi s.a.w.

Menjadi kesalahan dan berdosa juga apabila orang-orang fasik melakukan provokasi dengan berita palsu supaya umat Islam membakar gereja, surau dan melemparkan kepala khinzir ke dalam masjid.

Maka selidikilah dahulu setiap maklumat, setiap berita, setiap isu, setiap sms yang kita terima, agar kita tidak menjadi habuan racun fitnah orang orang fasiq. Janganlah kita menjadi pelahap yang menelan segala apa yg kita terima.

Comments