DUN Perak Dibubar Sebelum 9 Februari?

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar lantikan mahkamah akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dun, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kes mengenai kedudukan Menteri Besar yang sah.
"Sejauhmana kebenaran perkhabaran ini tidak dapat dipastikan, kerana ia banyak bergantung pada hakikat, apakah benar Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes berkenaan. Tetapi jika Zambry membubarkan DUN dua hari sebelum pengumuman itu, maka benarlah Nizar memenangi kes berkenaan," jelas penulis blog dalam blog perakkite.blogspot.com.
Menurut penulis blog, desas desus pembubaran DUN kencang merebak di sekitar Ipoh. 
"Langkah Zambry membubarkan DUN itu boleh disifatkan mendahului waktu tetapi bijak kerana perkhabaran dari Puterajaya lebih deras mengatakan bahawa Nizar berjaya dalam rayuannya. 
"Nizar dikhabarkan memenangi kes berkenaan dengan kedudukan 4:1. Empat Hakim menyebelahi Nizar. Lantaran itu, seperti dijanjikan Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN," jelas penulis blog lagi. 
Penulis blog berkata, langkah Zambry membubarkan DUN akan membolehkan beliau menjadi caretaker government. Kedudukan itu penting dalam menguasai jentera kerajaan negeri Perak bagi pilihanraya.
"Namun apakah yang akan berlaku setelah mahkamah memutuskan Nizar selaku MB yang sah, dua hari selepas DUN dibubarkan Zambry. Aduhai apakah akan diheret lagi kes berkenaan ke mahkamah... untuk memutuskan siapa yang berhak menjadi caretaker government pula..." soal penulis blog mengakhiri tulisannya. 
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar lantikan mahkamah akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dun, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kes mengenai kedudukan Menteri Besar yang sah.

"Sejauhmana kebenaran perkhabaran ini tidak dapat dipastikan, kerana ia banyak bergantung pada hakikat, apakah benar Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes berkenaan. Tetapi jika Zambry membubarkan DUN dua hari sebelum pengumuman itu, maka benarlah Nizar memenangi kes berkenaan," jelas penulis blog dalam blog perakkite.blogspot.com.

Menurut penulis blog, desas desus pembubaran DUN kencang merebak di sekitar Ipoh. 

"Langkah Zambry membubarkan DUN itu boleh disifatkan mendahului waktu tetapi bijak kerana perkhabaran dari Putrajaya lebih deras mengatakan bahawa Nizar berjaya dalam rayuannya. 

Comments