Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Umno Johor Salurkan RM20,000 Kepada Aspirasi UTHM?

Tuesday, 26 January 2010


LA LUMPUR : Pilihanraya kampus (PRK) Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) didakwa dicemari dengan campur tangan Umno yang umumnya parti politik Malaysia. 
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas dalam kenyataan medianya mendakwa Umno telah menyalahguna kuasa dengan menyalurkan dana kewangan kepada calon-calon aspirasi.
Menurut beliau, hal ini terbukti jelas melalui surat daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Johor kepada Pejabat Naib Canselor Universiti berkenaan. 
Menurut beliau, AMK Negeri Johor telah menyenaraikan beberapa elemen penting yang perlu di ambil tindakan. 
Antara lain tindakan yang boleh diambil adalah  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu mengambil tindakan secara serius kepada staf yang terlibat secara langsung dalam hal ini.
Kakitangan Universiti atau Staf iaitu Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin didakwa telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana terlibat secara langsung dengan parti politik luar. 
Beliau berkata, calon–calon Aspirasi juga merupakan proksi kepada BN bagi mengekalkan kuasa politik mereka di dalam universiti.
"Unsur – unsur rasuah mula di semai dalam kehidupan kampus dengan Umno memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM," jelas Zabidie Abas dalam kenyataan medianya. 
Bagi beliau, Umno telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri hal berkaitan pilihanraya kampus yang sepatutnya tidak berlaku dan tindakan terdesak pihak Umno ini jelas menunjukkan mereka semakin terasa akan terhakis di kalangan intelektual.
 
 
 
"Unsur-unsur rasuah mula disemai dalam kehidupan kampus dengan Umno memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas dalam suatu kenyataan medianya baru-baru ini.

Beliau berkata, pilihan raya kampus (PRK) yang dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) mutakhir ini didakwa telah tercemar menerusi campurtangan Umno sekali gus hal itu membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan pelbagai pihak.

Tambah beliau, hal ini terbukti jelas melalui surat daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Johor kepada Pejabat Naib Canselor universiti berkenaan.

Menurut Zabidie lagi, AMK Negeri Johor telah menyenaraikan beberapa unsur penting yang perlu diambil tindakan.

Antara tindakan yang boleh diambil, tambah beliau lagi ialah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu bersikap serius terhadap kakitangan yang terlibat secara langsung dalam hal ini.

Kakitangan universiti, Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin didakwa telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) kerana terlibat secara langsung dengan parti politik luar.

"Calon-calon Aspirasi juga adalah proksi kepada BN bagi mengekalkan kuasa politik mereka di dalam universiti. Umno telah menyalahgunakan kuasa dengan mencampuri hal berkaitan PRK yang sepatutnya tidak berlaku dan tindakan terdesak Umno ini jelas menunjukkan bahawa mereka makin terasa akan terhakis dalam kalangan intelektual," katanya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat