Umno ‘Cplak’ Idea PR

Umno, BN seolah-olah 'menciplak' idea Pakatan Rakyat (PR) apabila mengizinkan masyarakat berhimpun untuk mengadakan demontrasi bagi membantah isu penyalahgunaan nama Allah yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, amalan berhimpun secara aman untuk menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu bukanlah budaya dan tradisi Umno, melainkan ianya banyak dimulakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Umno dilihat berfikiran jauh ke belakang apabila menjadi parti politik perkauman. Ini berbeza dengan PAS yang lebih bijak menangani isu ini. PAS mengambil langkah bijak dengan memberikan penerangan kepada masyarakat umum berhubung isu ini," kata beliau

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, isu perkauman tidak harus dipolitikkan lagi oleh mana-mana pihak kerana negara ini dihuni oleh pelbagai kaum.

"Kita tak boleh mainkan isu perkauman dan agama di Malaysia kerana kedua-duanya tidak baik. Masyarakat kita terdiri daripada pelbagai bangsa. Jadi, kita harus mewujudkan rundingan untuk membincangkan apa-apa jua isu, sesuai dengan dasar Pakatan Rakyat yang ingin menganjurkan dialog antara peradaban bagi mengukuhkan persefahaman," tambah beliau lagi.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, pelbagai pertubuhan ekstremis bersayap kanan telah mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan bantahan mereka terhadap keputusan mahkamah baru-baru ini.

"Kejadian ini jika dibiarkan berterusan, ia pasti menjejaskan hubungan antara kaum," kata Lau dalam kenyataan medianya.

Tambah Lau, biarpun kerajaan persekutuan mendakwa, bahawa mereka akan memfailkan rayuan mereka ke mahkamah rayuan dan percaya isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana, namun parti pemerintah khasnya polis harus juga dilihat sebagai badan penguatkuasa yang menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama.

"Jika tidak, masyarakat akan terus melihat polis sebagat badan penguatkuasa yang bersikap berat sebelah dan memihak kepada BN. Saya lihat, sikap ini tidak sihat untuk pasukan polis sendiri," kata beliau lagi.

Comments