Rapat Umum Kalimah Allah Jumaat ini di Kg Baru

Setiausaha Agung Abim

Suatu rapat umum akan diadakan di Masjid Jamek Kg Baru Jumaat ini selepas solat Jumaat, demikian menurut Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohd Raimi Ab Rahim di sini hari ini.

"Kita sudah memohon permit polis dan dijangka ramai pihak akan hadir bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap isu ini," kata beliau ketika dihubungi Era Pakatan.

Tambahnya, turut hadir bersama dalam rapat umum itu adalah barisan pertubuhan NGO Muslim lain seperti Jemaah Islah Malaysia (Jim), Kelab Remaja Islah (Karisma), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan lain-lain.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan semua pihak khasnya pimpinan politik dan NGO agar tidak mengeluarkan komentar ekstrim sehingga boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

Beliau yang kini menjadi pensyarah tamu di Universiti Oxford, England melahirkan kebimbangan berhubung tindakan pihak-pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan ke atas isu tersebut.

"Saya ingatkan mereka, jangan main isu agama untuk politik dan agenda peribadi sebab ia akan membakar semua perkara dan menyusahkan kita semua," kata beliau.

Tambahnya, ramai pihak yang mahu mengambil kesempatan sebagai wira kerana isu agama memang membawa padah walaupun ia laku dijadikan modal perjuangan.

Mengulas komen Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom yang ingin mewujudkan enakmen dan akta baru bagi mempastikan isu Islam tidak dipersendakan oleh mana-mana pihak, beliau berkata, apa yang penting adalah dialog dan usaha menjalin persefahaman antara kaum.

"Yang perlu kita buat ialah kuatkuasakan yang sedia ada dgn baik, wujudkan dialog dan perbincangan secara telus, wujudkan suasana saling memahami dan menghormati dgn penganut agama lain.

"Globalisasi dan ledakan maklumat sudah merubah semua keadaan. Jika umat Islam dan bukan Islam tidak berubah sikap dan tidak progresif, perkembangan tamadun dan keharmonian akan tergugat," katanya seperti yang dipetik dalam sebuah laman portal berita.

Comments

azreen said…
Allah maha besar..
Anonymous said…
jangan teperankap dengan ajinda UMNO yang cuba nak jadikan Issue seolah olah mereka lah pejuang UGAMA siapa yang hadir Demo itu sangat lah bodoh
madbi said…
orang kapir mempersenda Islam ...... biasa, ni yang parah orang melayu yang mengaku Islam pon pesenda islam apa crita???? mana mufti yang hebat mengeluarkan fatwa itu dan ini?? menteri yang jaga agama dan majlis raja gopal melayu masih tidur lena ke pasal cukup makan dan pakai.... lebih lebih pun 'arahkan' mahkamah tanguh... bukan larang, takut telur tersepit..... jangan sebok dengan hal hal politik tanpa memperdulikan isu agama dah dipersenda.ini bukan penaung agama,ini pelingkup agama!!!!!