Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Penggunaan ISA Ke Atas Pengebom Gereja Tidak Wajar

Saturday, 9 January 2010

Sikap kerajaan dan polis yang ingin menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan pihak-pihak tertentu yang mengebom gereja baru-baru ini adalah tidak wajar.

Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Nalini E. berkata, penggunaan ISA dan lain-lain akta untuk menahan seseorang tanpa perbicaraan tidak akan menyelesaikan masalah sebenar.

Malah, katanya, tindakan tersebut akan hanya mengundang lebih banyak ketakutan dan rasa tidak selamat dalam kalangan warganegara di Malaysia.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Musa Hassan berkata, mereka tidak teragak-agak menggunakan akta tersebut untuk menahan pihak yang bertanggungjawab meletupkan tiga buah gereja di sekitar Lembah Kelang.

Insiden letupan gereja itu berlaku gara-gara wujudnya bantahan luarbiasa berhubung penggunaan nama Allah yang telah digunakan dalam penerbitan majalah mingguan Herald The Catholic Weekly.

Nalini berkata, pihaknya sedar bahawa sikap tidak bertanggungjawab itu didalangi oleh kumpulan yang cenderung mencipta keganasan sekali gus mengundang kekecohan dalam negara.

"Kami memahami keperluan undang-undang untuk mencegah jenayah. Oleh itu, kami desak kerajaan agar membawa penjenayah yang telah memecahkan perpaduan antara kaum ini untuk diadili.

"Hingga kini, akta ini masih mendera tertuduh ketika mereka berada dalam tahanan. Kami menyeru kerajaan agar berhenti menahan rakyat di bawah ISA. Bebaskan tahanan ISA atau dakwa mereka di mahkamah," kata beliau.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat