Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

PDRM Atau HKL Yang Lebih Pantas?

Saturday, 23 January 2010

Polis sebelum ini dilaporkan sudah mengenalpasti lakaran wajah mereka yang disyaki terlibat dalam pengeboman dan pembakaran gereja, namun yang menjadi kekesalan ialah apabila penahanan hanya dibuat apabila suspek yang pertama datang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

"Persoalannya, kalau suspek tidak cedera dan tidak pergi ke HKL, mungkin hingga kini belum ada penahanan ke atas orang yang dikatakan terlibat. Jadi, yang cekapnya ialah pihak HKL. Ini kerana, apabila mereka lihat suspek agak mecurigakan, mereka terus menelefon polis.

"Baru polis datang tahan suspek. Saya ucap tahniah pada HKL kerana kecekapan dan kepekaan mereka yang membawa kepada penahanan suspek," tegas Mahfuz.

Menurut beliau, penahanan itu cuma baru di peringkat suspek. Beliau mempersoalkan adakah suspek yang ditahan polis menyerupai lakaran wajah yang dikenal pasti polis sebelum ini.

"Kalau tak sama dengan lakaran wajah yang dilakar polis, maknanya polis gagal mengesan dan membendung kejadian pengeboman dan pembakaran gereja yang kini berlarutan kepada pembakaran dan pencerobohan surau.

"Adakah dengan tahap kecekapan pihak polis yang diketuai Musa Hassan dan juga menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga polis mampu mengawal keadaan ini? Apakah jaminan mereka kepada rakyat berhubung tahap keselamatan kehidupan dan harta benda rakyat? Apa yang berlaku, rakyat hidup dalam kebimbangan, keresahan dan kerunsingan tentang keselamatan yang memalukan," kata Mahfuz lagi.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat