Mustapha Mohamad Khianat, Wang Ehsan Tak Berkat

Sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang enggan membayar wang royalti kepada Kelantan, malah memaksa negeri itu menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac depan diselar.

Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad berkata, Kelantan tidak perlu menerima wang ehsan tersebut kerana wang itu tidak berkat.

"Pengakuan kerajaan bahawa terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan - Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah suatu pembohongan.

"Dakwaan bahawa wang ehsan diberi kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidakjujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan itu," katanya.

BN juga, tambah beliau, menafikan hak Kelantan terhadap hasil minyak bagi telaga di Pelantar Bintang yang bertindih dengan Terengganu. Walaupun pakar Geologi telah mengesahkan ianya hak Kelantan, tetapi demi kerakusan mereka, BN sanggup berbohong.

Menurut Idris, dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma 'wang ehsan' tidak pernah wujud, melainkan istilah 'wang royalti' sahaja yang ada. 

"Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan 'terma' 'wang ehsan' seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan," yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ia adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN. 

"Wang yang tidak berkat, ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan," kata beliau.

Katanya, beberapa buah bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek. Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang, Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.

Tambah Idris, kejadian itu adalah sebagai bukti terhadap sikap tidak ikhlas wang ehsan di mana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.

"Kita harap tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Tuhan juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka.

"Kiita menyeru Ahli dan penyokong untuk bersama-sama bersolat hajat diseluruh negara malam ini dan berharap agar Kelantan mendapat hak mereka," kata beliau.

Comments