Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Mana Laporan Audit Kewangan YBK?

Wednesday, 13 January 2010

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diminta membuat laporan audit yang merincikan aliran kewangan dan pentadbiran harta yang telah disalurkan dalam menjalankan program membasmi kemiskinan sebelum ini.

Pemantauan yang dilakukan kerajaan Negeri menunjukkan yang YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbirannya dalam lima tahun belakangan ini.

"Kerajaan negeri bersedia memberi peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK," kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan medianya di sini, hari ini.

Tambah beliau, perkara ini tidak pernah dibangkitkan sebelum ini, kerana pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu tidak memberi keutamaan kepada hal-hal ketelusan sehingga terdapat aduan yang menyatakan bahawa program anjuran YBK ada kaitan dengan kepentingan politik sekali gus ia tidak berlandaskan keperluan atau membela kemiskinan.

"Kerajaan negeri berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha ini bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang direncanakan boleh memberi manfaat kepada golongan miskin," kata Nik Nazmi.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat kini sedang berusaha agar program membasmi kemiskinan YBK dapat dijalankan dengan baik agar ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak tanpa mengira kaum, agama atau sentimen politik.

"Atas sebab itulah pada 20 Oktober lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK, sementara Exco Kebajikan sebagai anggota lembaga.

"Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini dibangkitkan sekarang, kerana sesetengah pihak yang berkepentingan khuatir pengambilalihan ini akan merugikan mereka. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap dengan pendiriannya yang mahu nasib semua rakyat miskin terbela," kata Nik Nazmi lagi.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat