Saya terkejut dan kesal dengan sikap Celcom yang membatalkan sistem khidmat SMS berita Harakah mulai 1 Januari 2010.
Kalau dulu pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM5 sebulan dan mendapat 5 berita sehari, kini Celcom menggantinya dengan caj lebih mahal iaitu RM0.30 sen untuk satu berita.
Pastinya ia bertujuan menyekat pengaliran bahan berita yang bermanfaat untuk rakyat.
Jangan sampai kami ahi-ahli PAS yang ramai menjadi pelanggan Celcom beralih kepada syarikat Telco yang lain.
Apakah ada tekanan politik di Celcom? Walhal SMS Harakah selama ini bukannya membawa fitnah atau berita palsu.
Ia berperanan menyampaikan maklumat sahih dan pandangan pimpinan PAS dengan pantas.
Penjelasan Celcom amat dituntut bagi mengelak salah faham.
Disamping itu juga produk Celcom seperti Celcom broadband mengalami banyak masalah terutamanya sekitar bandar. Apakah Celcom akan tunggu masa untuk disembelih oleh rakyat?
Jangan cuba mengaut kepentingan demi menjaga nama baik produk sedangkan gajah yang mati boleh disembunyikan tetapi bau bangkai gajah itu boleh disembunyikan?
Marilah ramai-ramai kita boikot Celcom dem menjaga duit kita dari mengalir kepada Drakula yang bersekongkol dengan kerajaan.
Comments
Jangan kita menyesal tak sudah sebab anak saudara kita datang rumah nak tumpang tinggal rumah sebab tak mampu bayar sewa rumah sebab kena berhenti kerja dari Celcom. Fikirkan Tuan-tuan/Puan-Puan
Baru hang tahu kena batang hidung sendiri baru hang sedar. Bila kita belasah orang memang kita tak rasa sakit. Orang yang dibelasah sakit tapi harus ingat Allah Maha Adil.
Lagi satu saya nak beritahu kalau asyik surf internet je bila masa yang diperuntukkan secukupnya untuk buat kerja. Tu salah satu sebab Tuan Jumayatara complain tak boleh video call kot. FIKIRKANLAH TUAN
soalnya bukannya rakyat tak tahu yg celcom ni GLC ada staff yg menyokong PR malah yg terlibat dengan PR pon ada so kecaman2 atas celcom bukan bermaksud nak memburukkan keadaan tapi FIKIRKANLAH jika kami rakyat marhaen terpaksa bayar sesuatu perkara yang dijanjikan seperti yg digamabarkan kemudahan yang hebat hebat tapi sebaliknya apa makna semua ni !!! tidakkah sejumlah jutaan pengguna celcom ini adalah pembayar gaji staff celcom, apa! kami tak berhak nak bercakap tentang hak kami nak cari duit merah mata mata korang bila kami terlewat bayar ugut potong malah dalam keadaan tertentu potong terus baru beri reminder dah lah tunak reconect kena advance or tamabahan bayaran sebagai chgr penyambungan , apa ni ! servis terukkkk , cekik titik peluh kami tak kurang macam alongg! bila ada yang bercakap atau menyuarakan tak puas hati tahu pulak tentang kkulit sawo matang lah apa lah pekerja bawahan lah habis kami nih hapa , jutawan UMNOputera ker? korang ni sebenarnya hati dah benak , keras makan hasil sumpah seranah rakyat , celik mata bro di sekeliling kamu 99% menyumpah bila apa yang mereka belanja tak setimpal dengan keperluan mereka fikir brofikir !!!!!!!!!! ko nak bayar sewa aku pon nak bayar sewa bro jgn sampai korang jadi polis zaman sekarang makan gaji hasil sumpah seranah rakyat bro! sebelum korang lebih teruk di sialkan macm polis polis kena sial so pls reform ur company! celik mata bro!