Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Jom Boikot Produk CELCOM

Monday, 4 January 2010


Saya terkejut dan kesal dengan sikap Celcom yang membatalkan sistem khidmat SMS berita Harakah mulai 1 Januari 2010.

Kalau dulu pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM5 sebulan dan mendapat 5 berita sehari, kini Celcom menggantinya dengan caj lebih mahal iaitu RM0.30 sen untuk satu berita.

Pastinya ia bertujuan menyekat pengaliran bahan berita yang bermanfaat untuk rakyat.

Jangan sampai kami ahi-ahli PAS yang ramai menjadi pelanggan Celcom beralih kepada syarikat Telco yang lain.

Apakah ada tekanan politik di Celcom? Walhal SMS Harakah selama ini bukannya membawa fitnah atau berita palsu.

Ia berperanan menyampaikan maklumat sahih dan pandangan pimpinan PAS dengan pantas.

Penjelasan Celcom amat dituntut bagi mengelak salah faham.

Disamping itu juga produk Celcom seperti Celcom broadband mengalami banyak masalah terutamanya sekitar bandar. Apakah Celcom akan tunggu masa untuk disembelih oleh rakyat?

Jangan cuba mengaut kepentingan demi menjaga nama baik produk sedangkan gajah yang mati boleh disembunyikan tetapi bau bangkai gajah itu boleh disembunyikan?

Marilah ramai-ramai kita boikot Celcom dem menjaga duit kita dari mengalir kepada Drakula yang bersekongkol dengan kerajaan.

8 comments:

Jumayatara said...

Sialkom memang sial...Dah 3 hari aku tak leh buat video call.

Anonymous said...

sabar bro, aku pekerja celcom dan juga penyokong pas. Korang kena paham celcom ni glc company. Walaupun glc keuntungan tetap utama tanpa mengira parti politik. Tetapi ni mungkin tekanan dr pihak luar khusus dr BN kpd pihak pengurusan celcom supaya ianya dihentikan.aku pun tak pasti.lg pun aku pekerja bawahan. Utk pengetahuan korang semua ramai pekerja celcom terutama bawahan adalah penyokong pas. Harap korang faham.

MOHD ZALI said...

Memang senang kita nak bakar perahu. Tapi kita harus ingat perahu ni satu je yang dapat kita gunakan bila banjir. Saya cuba jadi pembekal Celcom tapi tak berjaya. Perluke saya boikot line Celcom. Kerani nya kulit sawo matang, eksekutifnya kulit sawo matang, enginnernya kulit sawo matang.
Jangan kita menyesal tak sudah sebab anak saudara kita datang rumah nak tumpang tinggal rumah sebab tak mampu bayar sewa rumah sebab kena berhenti kerja dari Celcom. Fikirkan Tuan-tuan/Puan-Puan

MOHD ZALI said...

Tuan Anonymous yang dimuliakAn,
Baru hang tahu kena batang hidung sendiri baru hang sedar. Bila kita belasah orang memang kita tak rasa sakit. Orang yang dibelasah sakit tapi harus ingat Allah Maha Adil.
Lagi satu saya nak beritahu kalau asyik surf internet je bila masa yang diperuntukkan secukupnya untuk buat kerja. Tu salah satu sebab Tuan Jumayatara complain tak boleh video call kot. FIKIRKANLAH TUAN

ali rustem said...

aku duk mlaka negeri yang dikatakan melawat melaka sperti melwat malaysia sama sahaja talian celcom....mmg problem... apa masalah sbnrnya ni dengan celcom???????????????? dh la aku duk dekat dngan hospital mlaka... talian macam duk kat dalam hutan...

Anonymous said...

The celcom is territory.......... kat mana yang territory tu?? saya pun terima nasib sama seperti ali rustem... talian telefon pun mmg bermasalah.... rugilah kalo pakai celcom broadband jika tiada talian... dh la byr bulan2... byr lmbt terus potong...

Anonymous said...

salam tuan Anonymous / celcom staff
soalnya bukannya rakyat tak tahu yg celcom ni GLC ada staff yg menyokong PR malah yg terlibat dengan PR pon ada so kecaman2 atas celcom bukan bermaksud nak memburukkan keadaan tapi FIKIRKANLAH jika kami rakyat marhaen terpaksa bayar sesuatu perkara yang dijanjikan seperti yg digamabarkan kemudahan yang hebat hebat tapi sebaliknya apa makna semua ni !!! tidakkah sejumlah jutaan pengguna celcom ini adalah pembayar gaji staff celcom, apa! kami tak berhak nak bercakap tentang hak kami nak cari duit merah mata mata korang bila kami terlewat bayar ugut potong malah dalam keadaan tertentu potong terus baru beri reminder dah lah tunak reconect kena advance or tamabahan bayaran sebagai chgr penyambungan , apa ni ! servis terukkkk , cekik titik peluh kami tak kurang macam alongg! bila ada yang bercakap atau menyuarakan tak puas hati tahu pulak tentang kkulit sawo matang lah apa lah pekerja bawahan lah habis kami nih hapa , jutawan UMNOputera ker? korang ni sebenarnya hati dah benak , keras makan hasil sumpah seranah rakyat , celik mata bro di sekeliling kamu 99% menyumpah bila apa yang mereka belanja tak setimpal dengan keperluan mereka fikir brofikir !!!!!!!!!! ko nak bayar sewa aku pon nak bayar sewa bro jgn sampai korang jadi polis zaman sekarang makan gaji hasil sumpah seranah rakyat bro! sebelum korang lebih teruk di sialkan macm polis polis kena sial so pls reform ur company! celik mata bro!

Celcom Sial said...

hahaha... celcom2.. mcm sial.. membazir guna celcom tapi sebab orang melayu ler aku guna celcom

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat