Pada hakikatnya, masyarakat sivil serta NGO telah lama memperjungkan kepentingan 16 September untuk membangunkan negara kita tanpa kira bangsa, budaya dan agama. Malangnya, selepas 46 tahun barulah Kerajaan Persekutuan mengakui Hari Malaysia dan mengumumkannya sebagai cuti umum.
AMK juga berpendapat bahawa keputusan Najib menjadikan Hari Malaysia sebagai cuti umum adalah bertujuan untuk balik ke jalan tengah serta kesederhanaan. Beliau berharap pandangan masyarakat umum terhadap UMNO akan berubah dan mula menerimanya.
Namun demikian, sekiranya Dasar Ekonomi Baru yang penuh dengan rasuah, dasar bahasa yang sempit serta politik perkauman yang masih berleluasa di Malaysia, maka usaha Perdana Menteri untuk menonjolkan keterbukaan UMNO untuk masyarakat umum hanya merupakan hiasan sahaja. Semangat Hari Malaysia tidak akan tercapai!
Oleh itu, AMK berpendapat bahawa pentingnya nilai-nilai sedunia seperti demokrasi, kebebasan serta hak asasi manusia menjadi teras negara Malaysia. Maka rakyat akan menjadi tuan ke atas tanahair Malaysia!
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan
Comments