Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Gantung untuk Khalid, amaran buat Hassan

Saturday, 30 January 2010



Dua pimpinan kontroversi PAS di Selangor, Khalid Samad dan Datuk Dr. Hassan Ali, masing-masing dijatuhkan hukuman dan didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang tadi di mana Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan manakala Adun Gombak Setia, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali diberi amaran keras.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibenarkan membuat rayuan kepada parti itu dalam masa 30 hari.
Terdahulu, kedua-dua pimpinan itu mencetuskan kontroversi apabila sering dilihat berbeza pendapat dalam pelbagai perkara.
Mereka turut dikaitkan dalam isu Arak di Selangor dan isu kerjasama Umno-PAS menerusi kerajaan perpaduan.
Walaupun perbezaan pendapat dikalangan pimpinan PAS sesuatu yang biasa, tetapi media pro Umno dan BN sering memanipulasinya sebagai krisis dan pada masa yang sama menutup sebelah mata krisis berterusan yang melanda sekutunya termasuklah MIC, PPP, Gerakan dan MCA yang sehingga kini gagal diselesaikan walaupun selepas campur tangan Timbalan Pengerusi Umno, Muhyiddin Yassin.

1 comments:

aidah yaakob said...

bersabarlah yb khalid,orang baik selalu kena buli.

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat