Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bom Gereja: Media Kerajaan Wajar Dipersalahkan

Tuesday, 12 January 2010



Propaganda Umno berteraskan perkauman sempit terutamanya ketika berdepan isu penggunaan kalimah Allah serta retorik media kongkongan kerajaan seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan serangan ke atas gereja baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam suatu kenyataan media baru-baru ini menarik satu kesimpulan dalam hujahnya ketika merujuk kisah Saidina Umar r.a yang mengunjungi Gereja Holy Sepulcher pada 638 Masehi.

"Ketika membuat lawatan itu, beliau (Umar r.a) menggesa umat Islam agar menghormati rumah ibadat penganut agama Kristian.

"Oleh itu, adalah tidak munasabah apabila pihak polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara," kata beliau.

Tambah Anwar, api kebencian ini boleh dituding kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno.

Provokasi mereka, menurut beliau, bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau terharu dan gembira kerana serangan itu turut dikecam keras oleh organisasi Islam.

"Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan," katanya.

Kejadian mutakhir ini, kata Anwar, menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama.

"Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan supaya dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara.

"Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini," kata Anwar.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat