Anwar Kecam Serangan Tempat Beribadat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan sedemikian dianggap keji dan ia dikecam keras oleh Al-Quran.

Beliau menjelaskan agama Islam sebenarnya menggesa umatnya untuk menghormati rumah ibadat penganut agama lain.

"Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tebernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut.

Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa," jelas Anwar dalam kenyataan media yang dihantar kepada Era Pakatan.

Beliau menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sekali-kali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan katanya tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Beliau mempunyai keyakinan yang rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa ada sebarang konflik.

Terdahulu, tiga gereja diserang masing-masing di Petaling Jaya, Rawang dan Setapak oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi berkemungkinan penyerang itu dari kumpulan yang sama.

Comments