Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Anggota FRU dipenjara

Tuesday, 26 January 2010

Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki 0.12 gram dadah tahun lalu.

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan terhadap Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) selepas didapati bersalah memiliki 0.12 gram dadah tahun lalu.

Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasmadi Ismail, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Hasmadi disabitkan atas tuduhan memiliki satu peket plastik lutsinar mengandungi 0.12 gram methamphetamine di Lorong Haji Taib 2, pada 23 Februari tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Lelaki itu yang ditahan reman sejak ditangkap Februari tahun lalu diperintahkan menjalani hukuman tersebut yang bermula jumaat lalu.

Dalam rayuan Hasmadi yang diwakili peguam bela Haris Salleh, tertuduh mendakwa sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak berusia antara tiga bulan dan lapan tahun.

Menurutnya, kesemua anaknya kini berada di Kelantan dan dipelihara isterinya yang tidak bekerja.

Dia turut merayu dikenakan hukuman ringan memandangkan selama berkhidmat dengan FRU sejak tahun 2000, dia tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan tatatertib.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jamaliah Abdul Manap.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat