Ambil Alih Bukit Botak

Penduduk setinggan di Bukit Botak lega apabila Kerajaan Selangor mengambil alih tanah seluas 55.8 hektar di Bukit Botak, Selayang bagi memastikan hak semua penduduk di kawasan setinggan itu dilindungi. Langkah itu bagi menyelesaikan masalah penduduk yang dibelenggu pemaju Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang gagal membangun dan menyusun semula penempatan setinggan itu ke Taman Selayang Mutiara.

"Perjanjian dengan pemaju itu menghalang kerajaan negeri membina rumah bagi setinggan Bukit Botak. Dengan terbatalnya perjanjian itu, kerajaan negeri mampu bincang pelan pembangunan Bukit Botak dengan penduduk setinggan," katanya Tan Sri Abdul Khalil Ibrahim.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan itu akan membatalkan liabiliti penduduk setinggan dengan DCSB.

"Perjanjian dengan pemaju itu menghalang kerajaan negeri membina rumah bagi setinggan Bukit Botak. Dengan terbatalnya perjanjian itu, kerajaan negeri mampu bincang pelan pembangunan Bukit Botak dengan penduduk setinggan," katanya.

Menurutnya, langkah kerajaan negeri itu akan memastikan proses telus dalam memilih pemaju baru dan kompeten dapat dilakukan dan menyelesaikan masalah 270 penduduk setinggan yang kini tanpa geran tanah.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan menemui pemilik tanah secepat mungkin bagi menjelaskan keputusan itu dan pelan pembangunan di kawasan tersebut.

"Kami sedar ada pihak tertentu cuba melobi menentang pengambilalihan tanah itu kerana akan mengalami kerugian besar. Ada juga yang cuba melobi untuk membangunkan kawasan itu dan kami tidak mahu penduduk setinggan ditipu sekali lagi," katanya.

Comments