Tol, PLUS dan R&R


Setelah keluar dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, kami bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu pulang ke tempat asal. Harga tol dari Sungai Besi ke Melaka adalah sekitar RM16.50 di waktu selepas jam 7.00 pagi dan berbeza pada waktu malam selepas jam 12.00 tengah malam iaitu pada kadar diskaun 10 peratus.


Sudahlah harga tol mahal namun terpaksa menggunakan juga lebuh raya utara selatan demi mencapai hajat iaitu menuju ke destinasi yang ingin ditujui. dalam kesibukan memandu, keadaan jalan semakin sesak dari arah Johor Baru menuju ke Kuala Lumpur. Jalan sesak hampir 25 kilometer namun tiada sebarang kemalangan yang berlaku. Keadaan sesak ini berpunca dari cuti hujung minggu dan sambutan cuti Maal Hijrah.


Ketika hujan renyai-renyai membasahi bumi, kami singgah sekejap dipersinggahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Nilai. Kami sempat minum untuk berehat seketika setelah pulang dari program di Pusat Bandar Metropolitan, Kuala Lumpur. Setelah minum, kami melalui sekitar tandas dan mendapati orang ramai beratur untuk menggunakan tandas.


Keadaan tandas lelaki di R&R Nilai kurang memuaskan. Keadaan tandas yang kotor dan terhad menyukarkan pengunjung untuk menggunakan tandas sedangkan permintaan menggunakan tandas adalah tinggi terutamanya musim hujan. Tandas di R&R tersebut mempunyai tiga buah tandas iaitu dua tandas biasa dan satu tandas Orang Kurang Upaya (O.K.U).


Ruang makan yang sempit dan menyukarkan pergerakan menyebabkan keadan menjadi sesak. Meja makan dan kedaaan payung tidak memberikan ruang sebaliknya pengunjung perlu melalui bahagian celah-celah payung atau melalui kawasan meja makan orang lain. Sudah sampai masanya pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) memperbesarkan ruang makan dan memperbesarkan tandas awam demi memberi keselesaan kepada pengunjung.


Pengunjung terpaksa beratur panjang untuk ke tandas sedangkan kawasan R&R Nilai tidak kurang hebatnya dengan kawasan R&R Seremban. Pengunjung yang singgah di R&R Nilai agak ramai terutamanya ketika musim cuti sekolah. Inilah peluang bagi PLUS memberikan perkhidmatan sewajarnya kepada pengguna jalanraya dan tidak rugi sekiranya pihakbertanggungjawab membrikan kebaikan dan kemudahan kepad pengguna terutamanya pengguna jalan raya.


Dengan apa yang berlaku ini, maka kutipan tol haruslah digunakan dengan sebaiknya untuk pengubahsuaian kawasan rehat dan rawat agar pengguna jalan raya tidak rasa terbeban sedangkan kawasan rehat itu adalah untuk menenangkan fikiran dijalan raya sebaliknya menjadi tekanan akibat suasana yang kurang memuaskan. Semoga PLUS mengambil peranan sebagai konsesi utama dalam penyediaan mutu yang berkualiti kepada pengguna jalan raya.

Comments