Suruhanjaya Siasat Che Det

Kerajaan nekad dengan keputusan tidak akan menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan seorang penulis barat yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

Menurut Perdana Menteri, Najib Razak dalam kenyataannya kepada media berkata penubuhan Suruhanjaya Di Raja itu tidak sesuai kerana tuduhan itu hanya tulisan dalam sebuah buku sahaja.
Bagi beliau, cadangan menubuhkan suruhanjaya itu tidak wajar dilaksanakan semata-mata dari tulisan buku tersebut.

Beliau berkata demikian demi mengulas tindakan Barry Wain yang berpangkalan di Singapura yang menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya. Buku tersebut bertajuk Malaysian Maverick : Mathathir in Turbulent Times.

Melalui buku tersebut, Berry mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 Bilion sepanjang era pentadbirannya.

Kemudiannya, pelbagai pihak termasuklah pengerusi DAP, Lim Kit Siang meminta supaya Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara ini.

Comments