Projek BN Gagal, Pencapaian Di belakang


Sesi persekolahan yang bermula pada 3 Januari depan terpaksa ditangguhkan di beberapa kawasan di negeri ini (Kelantan) ekoran kegagalan kontraktor menyiapkan 14 buah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah seperti yang ditetapkan.

Inilah akibat melantik kontraktor gred F daripada kroni. Semua projek rakyat gagal dan menyusahkan rakyat. Mana perginya slogan Altantuya? Harapkan slogan tetapi menyusahkan rakyat. Slogan baru yang paling sesuai untuk Najib Altantuya adalah “Rakyat Dibodohkan, Projek BN Diutamakan”.

Maka sungguh tertipulah rakyat yang menyokong BN. Apakah kerajaan akan melantik kontraktor secara tender runding demi menjaga kroni serta melihat kegagalan atau mahu melantik secara tender terbuka spaya ada persaingan yang lebih sihat?

Akibat terlalu banyak mahu memenuhi poket, projek dibiarkan tertangguh sehinggakan banyak sekolah gagal disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sungguh kecewa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi akan kegagalan menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.

"Kementerian Pelajaran amat dukacita terhadap kegagalan kontraktor terlibat menyiapkan projek pembinaan sekolah baru itu mengikut jadual.

Sumber: http://kijangproperties.blogspot.com

Comments

Mat Leh said…
La awat jd lagu tu.. Hang nak projek jgn duk klentong.. hang ingat ini kepala bapak hang punya projek ka
lan said…
bagi duit kepada yang ak patut mmg ler... nyusahkan rakyat je keraaajaaaan niiiiiii